Kurma, selalunya hanya wajib ada di atas meja pada bulan Ramadan, untuk santapan berbuka. 11 bulan lainnya? Dibiarkan sepi di tepi kabinet dapur. Nak habiskan satu kotak pun ambil masa berbulan lamanya.
Andailah manusia tahu 1001 khasiat sebiji kurma, pasti buah ini akan menjadi kudapan wajib setiap jam. Silap haribulan, makan nasi pun berlaukkan kurma.
Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh badan, malah ia mengandungi lebih banyak karbohidrat, vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang dapat menjauhkan kita daripada pelbagai jenis penyakit.
Apa yang pasti, ia makanan tambahan yang terbaik untuk diamalkan terutamanya bagi kanak-kanak.
Ini antara kelebihan buah kurma yang dibuktikan menerusi kajian saintifik.
Kanak-kanak cukup fragile dan mudah terkena jangkitan virus dan bakteria yang mungkin memberi efek buruk kepada hati. Ibu-ibu boleh masukkan kurma dalam diet harian anak-anak kerana ia memiliki sifat melindungi hati.
Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik dan dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas.
Kalium yang terdapat dalam kurma membantu pertumbuhan dan perkembangan otak dan kognitif bayi secara berterusan. Ia juga membantu meningkatkan daya ingatan.
Andai anak-anak menghadapi masalah pencernaan, amalkan mengambil kurma setiap hari. Kajian mendapati individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur. Antara alternatif lain, amalkan Qaseh Gold Junior setiap pagi sebelum sarapan dan setiap malam sebelum tidur.
Kurma merupakan sumber serat terbaik terutama bagi saluran pencernaan dan masalah sembelit. Kurma membantu menghilangkan organisme parasit dan membantu membanyakkan bakteria baik untuk usus.
Kurma memiliki kandungan magnesium dan kalsium yang tinggi yang diperlukan untuk perkembangan tulang terutamanya bagi bayi. Ia juga mengandungi mineral iaitu fostor, dan kalium untuk mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
Kurma membantu menghilangkan organisme parasit dan membantu menumbuhkan bakteri ramah di usus. Ini membantu mencegah masalah usus, masalah yang umum terjadi pada bayi.
Kurma membantu memperkuatkan gusi dan membuat gigi bayi yang sedang tumbuh gigi lebih kuat dan lebih cepat. Mengunyah kurma matang boleh dijadikan sebagai latihan gigi yang baik untuk si kecil.
Ibu-ibu tak perlu risau, Qaseh Gold Junior menyediakan alternatif mudah agar si kecil dapat manfaat sepenuhnya daripada pengambilan buah kurma.
Qaseh Gold Junior telah formulasikan 15 bahan terbaik antaranya kurma, madu, kismis, delima dan Habbatus Sauda untuk membantu mempersiapkan tubuh, minda dan emosi anak-anak.
Caranya juga cukup mudah, hanya amalkan pada waktu pagi sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur. Tak perlu berkejar nak suapkan sebiji kurma tiap-tiap pagi, anak yang datang minta kerana rasanya cukup enak, mudah dimakan.
Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook Qaseh Gold Junior.